formula mengelakkan SCAM@penipu

Posted by nin9landers | | Posted On Monday, May 31, 2010 at 6:01 PM


Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N - NAME
  • O - OVER PROMISE
  • S - SEARCH
  • C - CONTACT
  • A - ASK
  • M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:

Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!


bisnes duduk diam2 dapat duit.......ada ker camni?

Posted by nin9landers | | Posted On Wednesday, May 12, 2010 at 9:42 PM

selak2 facebook pg tdi terjumpa note dari nur khairul azizi....note yang memberi semangat untuk pembaca blog ku yang setia....ada ke pembaca nya.....hahhahahha

Bercakap berkenaan “perniagaan”, anda perlulah melakukan “sesuatu” untuk menghidupkan perniagaan. Bukan hanya duduk diam-diam dapat duit. Ini sudah dikira “Pelaburan” sama ada sah atau tidak sah disisi undang-undang kerajaan sesebuah negara. “Pelaburan” sah yang dikaitkan adalah seperti ASN, SAHAM dan sebagainya. Manakala yang tidak sah pula, sendiri mahu ingatlah kan….

Kalau nak diam-diam dapat duit VeMMA lah perniagaan yang paling sempoi kerana cara melakukannya agak berbeza sedikit dengan “perniagaan” diluar sana. Hanya duduk diam-diam hadapan pc atau lap top boleh menjana pendapatan RM3800 – RM 5000 Seminggu. Mahu tahu rahsianya…Jomlah daftar percuma di www.jomvemma.com/saadah

“Perniagaan” yang sah atau tidak sah juga menentukan kejayaan leader. Untuk mengenal pasti sesuatu “perniagaan”, anda perlulah mengkaji faktor-faktor dari segi:

1- Sijil Akaun Akta Jualan Langsung yang disahkan oleh kerajaan

2- Sijil Halal yang telah di iktirafkan

3- Hukum dan syarak (Halal sekiranya anda menurunkan ilmu dan panduan yang telah dipelajari)

3- Latar Belakang Syarikat & Kekukuhan Sistem Kewangan

4- Sistem Perniagaan (tools)

5- Produk

Dan jika tiada salah salah satu faktor-faktor tersebut, maka mesti anda mempunyai masalah kelak. Dan akhirnya anda sendiri akan rugi serta akan menyalahkan perniagaan yang dipilih. “THE CHOICE IS YOUR”

Ok, Bagaimana pula “perniagaan” membantu Leader seperti Norsalehin, Mohd Nasoha dan saya sendiri (insyaallah) kearah Jutawan Di VeMMA? Inilah formula yang digunakan oleh Leader yang berjaya.

Kesimpulannya, jadilah seperti Kami yang positif dan jangan jadi seperti lalang yang hanya mengikut tuju hala angin. Jika angin itu kehulu, maka kehulu lah ia dan jika angin itu kehilir, maka kehilir lah ia.

Jadilah pokok maggis yang memberikan serta membantu anda kearah kesihatan yang paling maksimum! Hmmmm…..kulit manggis tu le yang paling mahal sekali dalam VeMMA!